top of page

SOLAT & SAINS

  • Sep 23, 2017
  • 1 min read

23 SEPTEMBER 2017-

Penceramah, Prof. Ir. Dr. Fatimah Ibrahim telah memulakan ceramahnya pada jam 9.00 malam.Buku terbitan Universiti Malaya yang bertajuk Solat : Kebaikan Dari Perspektif Sains yang dihasilkan menerusi usahasama beliau dengan dua orang penulis yang lain.Antara perkongsian beliau adalah mengenai perbezaan yang terjadi apabila seseorang bersolat dengan betul dan tidak betul, juga apabila seseorang bersolat dan tidak bersolat..Menurut kajian, ruku' bersamaan dengan pergerakan 'senaman pagi' dimana apabila ruku' ,otot-otot di bahagian badan akan teregang dengan sendiri. Menunjukkan jika solat dilakukan dengan betul dengan cara rukuk 90 darjah, badan secara automatiknya akan turut bersenam serta pada masa yang sama dapat mengelakkan sakit pada pinggang.Solat juga dapat memberi ketenangan minda melalui eksperimen yang dibuktikan menggunakan gelombang isyarat

otak yang diukur menggunakan alat ‘Electroencephalography’ (EEG). Ceramah berakhir pada jam 10.30 malam dan disudahi dengan nasihat supaya sentiasa melakukan ibadah solat dengan sempurna.

 
 
 

Comments


Sekolah Tun Fatimah, 81200 Johor Bahru, Johor, Malaysia

  • facebook
  • twitter
  • linkedin

©2017 by BADAR STF. Proudly created with Wix.com

bottom of page